Cara Pembelian

LANGKAH DAN CARA MEMBELI DI WEBSITE MYCOKLAT



LANGKAH 1:
Pilih produk yang anda ingin beli di laman web MyCoklat. Harga yang dipaparkan adalah harga sebelum masuk kos penghantaran. Klik pada produk berkenaan. 




LANGKAH 2:

Jika ada pilihan variasi pada produk berkenaan, sila pilih variasi dan kuantiti yang anda inginkan. Setelah selesai semuanya, klik "ADD TO CART".




LANGKAH 3:

 Klik pada "Our Store" jika anda masih ingin menambah produk lain ke dalam cart. Jika anda telah selesai memilih produk, klik "My Cart" dan klik "View Cart".





LANGKAH 4:

Pastikan produk, kuantiti dan harga adalah tepat seperti pilihan anda. Jika anda mempunyai voucher code, anda boleh apply di ruangan "Use Coupon Code" dan tekan "Apply Coupon".

Jika anda membuat apa-apa perubahan pada kuantiti dan jenis produk disini, jangan lupa klik simbol seperti anak panah berpusing "Update" supaya sistem kemaskini pesanan anda. 

Setelah selesai semua, klik "Checkout".




LANGKAH 5:

Untuk pelanggan pertama kali membuat pembelian melalui laman web MyCoklat, anda boleh pilih samada untuk "Register Account" supaya anda membuat pembelian seterusnya dengan lebih mudah. Jika tidak anda boleh pilih "Guest Checkout" sahaja.
Pelanggan boleh login "Returning Customer" sekiranya pernah "Register Account" sebelum ini. Isikan maklumat penuh dan tepat dari Step 1 hingga ke Step 6 dan  klik"Confirm Order".



LANGKAH 6:

Pilih jenis pembayaran dan selesaikan pembayaran.  Anda akan terima notifikasi melalui emel sekiranya pesanan anda berjaya. Nantikan je MyCoklat sampai ke rumah anda. Sangat mudahkan!